CHUKAI: Jenazah salah seorang daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora semalam, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kijal, kira-kira 8.15 pagi tadi.
Jenazah tiba di kediaman keluarganya di Kampung Pantai Penunjuk, Kijal pada 3.15 pagi selepas disolatkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS, Perak selepas Isyak malam tadi.
Suasana pilu dan hiba menyelubungi suasana tanah perkuburan apabila ahli keluarga arwah dilihat tidak dapat menahan kesedihan ketika urusan pengebumian dijalankan.
Kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, penduduk kampung dan rakan mangsa hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa.
Ibu arwah, Shamila Abdullah, 44, berkata dia berasa lega kerana semua urusan membawa pulang dan pengebumian jenazah anak sulungnya itu berjalan dengan lancar dan selesai dalam masa singkat.
Shamila turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk hospital, USAS dan rakan-rakan yang membantu melancarkan urusan berkenaan.
"Walaupun sedih, saya dan suami tetap reda dengan pemergiannya kerana arwah adalah anak yang sangat baik dan menyenangkan hati ibu bapa.
"Arwah adalah abang dan contoh terbaik kepada tiga adiknya, walaupun dia sudah tiada, doa saya tetap bersamanya," katanya.
Selain Ahmad Naim yang merupakan pelajar semester dua Ijazah Sarjana Kaunseling Islam USAS, empat lagi yang rentung akibat kemalangan itu terdiri daripada Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022
Suasana pilu dan hiba menyelubungi suasana tanah perkuburan apabila ahli keluarga arwah dilihat tidak dapat menahan kesedihan ketika urusan pengebumian dijalankan. -Bernama
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora yang telah terbalik di sisi kanan dalam kemalangan di lebuh raya PLUS awal pagi ini.
Kemalangan dua treler di lebuh raya, semua lorong arah utara terhalang
Susulan kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah utara terhalang dan trafik dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar.
Bas ekspres terbakar: 16 terselamat
Anggota dan jentera dari BBP Kuala Kangsar dan Meru Raya dikerah ke lokasi sebaik menerima pangggilan pada kira-kira pukul 12.01 tengah malam.
Penunggang motosikal maut di PLUS, orang ramai diminta tampil salur maklumat
Polis Daerah Taiping menerima maklumat dari orang awam berhubung kemalangan membabitkan penunggang motosikal sekitar jam 7.20 pagi Isnin.
Aidilfitri: Aliran trafik tinggi, perlahan di beberapa lebuh raya utama petang ini
Setakat 3.30 petang ini, terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).
KKR, LLM laksana persediaan tangani kesesakan trafik di lebuh raya menjelang Aidilfitri
Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan amat prihatin berhubung kesesakan lalu lintas yang berlaku menjelang musim perayaan ini khususnya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Laluan ke Terowong Menora terhalang, treler terbalik
Laluan kontra telah diaktifkan di Kilometer 262.65 hingga Kilometer 263.75 bagi mengurangkan kesesakan.
Suami maut digilis, isteri dan anak parah
Mangsa dipercayai membonceng skuter yang ditunggang isterinya bersama anak lelaki mereka yang berusia empat tahun.
Dua lelaki cedera tersepit, lori ais kiub terbabas di lebuh raya
Lori muatan ais kiub yang dinaiki mangsa terbabas di KM 251.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, Kuala Kangsar, awal pagi tadi.